Button like

Mencari Nama

Tuesday, July 21, 2015

Majlis Silaturrahim Aidil Fitri 2015 (1436H)

Majlis silaturrahim, acara tahunan keluarga disambut pada hari raya ke 3 (19 Jul 2015). Majlis yang meriah ini diserikan dengan kehadiran waris yang senior hinggalah kepada waris termuda.. tahniah kepada penganjur

Saturday, August 25, 2012

MAJLIS MESRA AIDIL FITRI WARISAN 2012/1433H DI KG.SELABAK

Keluarga besar telah berkumpul di Hari Raya Ke Tiga sempena sambutan Aidilfitri 2012

Juara zuriat paling ramai - Anak Cucu Allahyarham Hj Abd Hamid

Antara kontingen paling kecil - keluarga Allahyarham Hj Abdullah

Keluarga Allahyarham Hj Ahmad Sidek

Keluarga Allahyarham Hjh Unah diketuai oleh Ustaz Muhamad

Keluarga Allahyarham Hjh Jasminah diwakili oleh keluarga Allahyarham Hj Maulut dan keluarga Zainal Abidin Tarman

Undangan istimewa - Keluarga Ustaz Radzi yang sangat rapat dengan anak cucu keluarga Mbah Asif

Wednesday, April 25, 2012

Kenduri Puputan


Maklumat: Kenduri Puputan di rumah Ustaz Khairuddin pada 20-Mar-2010

Tuesday, February 7, 2012

Anak Cucu Mbah Asif: Pemimpin Masyarakat

Ketua Kampung Selabak
  • Hj Ahmad Sidek : Menjadi ketua kampung bermula pada tahun 1958 sehingga tahun 1962. Beliau kemudian digantikan oleh Hj Husin bin Hj Rafie.
  • Hj Mohd Zin: Menjadi ketua kampung setelah berakhirnya perkhidmatan Hj Husin pada tahun 1998. Jawatan itu kemudiannya beralih tangan kepada sepupu, Hj Mohammad Khairuddin pada tahun 2009 sebelum kembali disandang beliau pada tahun 2010. Kini, jawatan ketua kampung dipegang oleh Mohd Bandi Ibrahim.
  • Hj Mohammad Khairuddin: Menjadi ketua kampung buat seketika selama lebih kurang setahun (2009 hingga 2010) berikutan perubahan lanskap politik Negeri Perak selepas Mac 2008 (Pilihanraya Umum). Menjadi ketua kampung pertama yang melalui pemilihan secara demokratik ketika angin perubahan dalam pentadbiran baru kerajaan negeri. Namun, berubahnya tampuk kerajaan Negeri Perak juga memberi kesan dengan jawatan kemudiannya berpindah kembali kepada Hj Mohd Zin pada tahun 2010.
Imam Masjid As Saadah, Kampung Selabak
Lain-lain
Maklumat terbaru dikemaskini hasil daripada Perjumpaan Majlis Warisan 2012 pada hari raya ke tiga, seorang lagi cucu Mbah Asif yang menjadi pemimpin masyarakat, iaitu Ustaz Hj. Mohamad Bin Yunos (anak kepada Mbah Unah bt Asif) telah dilantik sebagai ketua kampung Batu 40, Sabak Bernam, Selangor. Beliau juga menceburkan diri secara aktif dalam bidang politik, malah pernah dipilih menjadi calon dalam pilihanraya umum. (rujuk http://www.selangor.gov.my)

sila email kepada anakcucumbahasif@yahoo.com sekiranya ada tokoh-tokoh lain daripada anak cucu Mbah Asif yang boleh diketengahkan. Terima Kasih

    Monday, February 6, 2012

    Madrasah At-Tarbiyyatud-Diniyyah, Kampung Selabak


    Gambar ini di ambil pada tahun 1954 di hadapan Madrasah At-Tarbiyyatud-Diniyyah, Kg. Selabak. Madrasah ini telah diasaskan oleh Mbh Kiyai Mohd.Asif Al-Bantani pada sekitar tahun 1935. Ia terletak di kawasan berhampiran (depan) rumah Mbah Unah + Mbh Junun ataupun sekarang rumah tersebut didiami oleh Wak Kamariah, iaitu anak kepada Mbah Junun dgn Mbah Unah.
    Madrasah ini pernah dijadikan Kelas Dewasa selepas merdeka dalam Rancangan Membasmi Buta Huruf Luar Bandar (1958-1965). Guru sambilan yg mengajar ialah Ustaz Saim Yunus.
    Akhirnya Madrasah ini sudah tidak berfungsi kerana ketiadaan murid, ketiadaan program dan disebabkan perubahan pola pendidikan. Madrasah ini pernah dirobohkan dan dibina semula, tetapi masa itu zaman kemelesetan ekonomi yang gawat sangat, menyebabkan ia tergendala dan akhirnya dirobohkan semula, kayu-kayunya dijual dan wangnya diwakafkan ke Masjid.
    Mengkut maklumat, Mbah Asiff menghabiskan sisa hidupnya di Madarasah ini sehingga keadaan beliau sangat uzur. Mbah Unah kemudiannya membawa Mbah Asif ke rumahnya dan menjaga beliau sehinggalah beliau meninggal dunia.
    Maklumat berkenaan gambar ini;
    ·         1954 - Murid-murid Allahyarham Haji Mahyuddin Siman - Madrasah At-Tarbiyyatud-Diniyyah, Kg. Selabak. Baris hadapan, dari kiri,no.1, Fauziah Kasim Atmo,No.2,Rahmah Akhyar, no.3,Toyyibah Siman, no.4, Khadijah Mahyuddin, no.5, Asmah Yunus, no.6, Zainab Jumat, no.7, Nursiah Siman, no.8, Ji'ah Suratman, no. 9, Khalid Assalabaqie , no. 10, Hussin Siman, no.12, Hassan Siman, no.13, Yahya Suratman, no. 14, Sanusi Suratman, no.15, Salihin (Atin), no. 16,hujung sekali, Noh Hj.Ridzuan.
    ·          Berdiri belakang, dari kiri: no. 1...?, no.2, Azhar Yunus, no. 3. Hj. Mahyuddin Siman (Guru), no. 4, Mokhsim (sepupu Kasim Atmo), no. 4, Yusup (Mancuk)Kayat, no. 5, Yusuf Suratman dan hujung sekali, Harun Shariff.
    *** Kredit kepada Grup FB My Selabak kerana menyumbangkan foto dan input daripada maklum balas pembaca yang tahu akan sejarah gambar dan madrasah ini.

    Thursday, January 12, 2012

    Qur'an Digital

    .


    Sape2 nak beli Qur'an Digital, hubungi saya (Hajjah Latifah Sidek): harga RM380 ( 1 set lengkap ), kalu Qraan saja RM350.

    Yg dah beli semua tak menyesal malah ucap t/Kasih sebab dgn teknologi terkini, kita boleh mendengar, mentelaah serta mengetahui maknanya dgn MUDAH dan pada BILA2 MASA yg selesa.

    Jaminan setahun, Qraan ni dah ditapis dan ade COP kelulusan KDN/JAKIM serta tersenarai ahli2 PENAL yg meluluskan. OK..., hubungi saya....013 3504484.

    Monday, September 5, 2011

    Banner Jemputan

    Khas Untuk Tukang Komen di FB

     

    Site Info

    Followers