Button like

Mencari Nama

Monday, February 6, 2012

Madrasah At-Tarbiyyatud-Diniyyah, Kampung Selabak


Gambar ini di ambil pada tahun 1954 di hadapan Madrasah At-Tarbiyyatud-Diniyyah, Kg. Selabak. Madrasah ini telah diasaskan oleh Mbh Kiyai Mohd.Asif Al-Bantani pada sekitar tahun 1935. Ia terletak di kawasan berhampiran (depan) rumah Mbah Unah + Mbh Junun ataupun sekarang rumah tersebut didiami oleh Wak Kamariah, iaitu anak kepada Mbah Junun dgn Mbah Unah.
Madrasah ini pernah dijadikan Kelas Dewasa selepas merdeka dalam Rancangan Membasmi Buta Huruf Luar Bandar (1958-1965). Guru sambilan yg mengajar ialah Ustaz Saim Yunus.
Akhirnya Madrasah ini sudah tidak berfungsi kerana ketiadaan murid, ketiadaan program dan disebabkan perubahan pola pendidikan. Madrasah ini pernah dirobohkan dan dibina semula, tetapi masa itu zaman kemelesetan ekonomi yang gawat sangat, menyebabkan ia tergendala dan akhirnya dirobohkan semula, kayu-kayunya dijual dan wangnya diwakafkan ke Masjid.
Mengkut maklumat, Mbah Asiff menghabiskan sisa hidupnya di Madarasah ini sehingga keadaan beliau sangat uzur. Mbah Unah kemudiannya membawa Mbah Asif ke rumahnya dan menjaga beliau sehinggalah beliau meninggal dunia.
Maklumat berkenaan gambar ini;
·         1954 - Murid-murid Allahyarham Haji Mahyuddin Siman - Madrasah At-Tarbiyyatud-Diniyyah, Kg. Selabak. Baris hadapan, dari kiri,no.1, Fauziah Kasim Atmo,No.2,Rahmah Akhyar, no.3,Toyyibah Siman, no.4, Khadijah Mahyuddin, no.5, Asmah Yunus, no.6, Zainab Jumat, no.7, Nursiah Siman, no.8, Ji'ah Suratman, no. 9, Khalid Assalabaqie , no. 10, Hussin Siman, no.12, Hassan Siman, no.13, Yahya Suratman, no. 14, Sanusi Suratman, no.15, Salihin (Atin), no. 16,hujung sekali, Noh Hj.Ridzuan.
·          Berdiri belakang, dari kiri: no. 1...?, no.2, Azhar Yunus, no. 3. Hj. Mahyuddin Siman (Guru), no. 4, Mokhsim (sepupu Kasim Atmo), no. 4, Yusup (Mancuk)Kayat, no. 5, Yusuf Suratman dan hujung sekali, Harun Shariff.
*** Kredit kepada Grup FB My Selabak kerana menyumbangkan foto dan input daripada maklum balas pembaca yang tahu akan sejarah gambar dan madrasah ini.

Khas Untuk Tukang Komen di FB

 

Site Info

Followers