Button like

Mencari Nama

Tuesday, February 7, 2012

Anak Cucu Mbah Asif: Pemimpin Masyarakat

Ketua Kampung Selabak
  • Hj Ahmad Sidek : Menjadi ketua kampung bermula pada tahun 1958 sehingga tahun 1962. Beliau kemudian digantikan oleh Hj Husin bin Hj Rafie.
  • Hj Mohd Zin: Menjadi ketua kampung setelah berakhirnya perkhidmatan Hj Husin pada tahun 1998. Jawatan itu kemudiannya beralih tangan kepada sepupu, Hj Mohammad Khairuddin pada tahun 2009 sebelum kembali disandang beliau pada tahun 2010. Kini, jawatan ketua kampung dipegang oleh Mohd Bandi Ibrahim.
  • Hj Mohammad Khairuddin: Menjadi ketua kampung buat seketika selama lebih kurang setahun (2009 hingga 2010) berikutan perubahan lanskap politik Negeri Perak selepas Mac 2008 (Pilihanraya Umum). Menjadi ketua kampung pertama yang melalui pemilihan secara demokratik ketika angin perubahan dalam pentadbiran baru kerajaan negeri. Namun, berubahnya tampuk kerajaan Negeri Perak juga memberi kesan dengan jawatan kemudiannya berpindah kembali kepada Hj Mohd Zin pada tahun 2010.
Imam Masjid As Saadah, Kampung Selabak
Lain-lain
Maklumat terbaru dikemaskini hasil daripada Perjumpaan Majlis Warisan 2012 pada hari raya ke tiga, seorang lagi cucu Mbah Asif yang menjadi pemimpin masyarakat, iaitu Ustaz Hj. Mohamad Bin Yunos (anak kepada Mbah Unah bt Asif) telah dilantik sebagai ketua kampung Batu 40, Sabak Bernam, Selangor. Beliau juga menceburkan diri secara aktif dalam bidang politik, malah pernah dipilih menjadi calon dalam pilihanraya umum. (rujuk http://www.selangor.gov.my)

sila email kepada anakcucumbahasif@yahoo.com sekiranya ada tokoh-tokoh lain daripada anak cucu Mbah Asif yang boleh diketengahkan. Terima Kasih

    Khas Untuk Tukang Komen di FB

     

    Site Info

    Followers