Button like

Mencari Nama

Friday, September 2, 2011

Jemputan Ke Majlis Walimatul Urus

Assalamualaikum,

Kepada sanak saudara, sahabat handai serta kenalan..

Sebagai menyampaikan pesan daripada bapak saya, TN HJ MOHAMMAD KHAIRUDDIN BIN HJ ABDUL HAMID. Beliau ingin menjemput semua supaya hadir ke Majlis Perkahwinan anak perempuan beliau pada hari Sabtu, 17 September 2011 bersamaan 16 Syawal 1432H di Kampung Selabak. Jemputan ini adalah sebagai pengganti kepada kad jemputan yang tidak sempat untuk disampaikan.

Sambil-sambil bercuti 1Malaysia.. mari ber'gejubos' dan rewang beramai-ramai di rumah yang bermula pada hari Jumaat, 16 September 2011 dan berlanjutan ke kenduri pada keesokan harinya. Berkumpul sesama sedulur yokkk!

Selain itu, saya juga ingin mengambil kesempatan untuk menjemput semua ke majlis puputan@naikbuai@cukur jambul buat zuriat saya yang ke tiga AHMAD ILLYAS SHAFIULLAH BIN DAMAN HURI yang berlangsung pada 16 September 2011, jamuan di sebelah siang & majlis berzanji di sebelah malam

Terima kasih

Khas Untuk Tukang Komen di FB

 

Site Info

Followers